salam 'eduladha wat semua pembaca blog kami ni...
hmm...cuaca di sekitar kawasan aku, hujan dah mula turun dari jam 4 pagi. dan situasi itu telah berterusan sehingga lah ke petang ini. sian orang2 yang berusaha menyelesaikan tggungjawab mengorban lembu, melapah dan yang menguruskan hal daging2 lembu ni. mereka terpaksa teruskan juga walau dalam keadaan hujan tak berhenti ni. itu lah pengorbanan...
ok, aku sebenarnya ada crite lain ni. raya kali ni, semua famili kakak2 aku beraya kat umah. sebab mmg turn raya haji kali ni, kakak2 aku beraya di sini. so, meriah la juga. masak2, makan2, borak2...hehe. bukan selalu famili aku nak berkumpul macam ni. hehe.
alkisahnya, kawasan umah aku ni ada wat kumpulan. so, setiap tahun, akan bersilih ganti rumah yang akan digunakan kawasannya untuk urusan korban. dua tahun lepas, rumah mak abah aku dah kene. so, tahun ni umah orang lain la pulak. oleh sebab hujan, maka hanya abah dan abg ipar aku je yang tolong hal korban ni. aku, mak dan kakak2 aku hanya stay kat umah ngn anak buah. bila dah tghari, abah aku balik bawa tulang dan daging korban. so, kitorang pun plan nak rebus n wat sup je tulang2 dan daging2 tu. abah aku pesan suh masak kat satu periuk ni. katanya cepat sket empuk.
so, mak aku pun turutkan aje la.periuk ni cam pelik sket..aku tak pandai nak cerita. mak aku besenye kalu gune periuk ni, mak aku takkan tutup dengan penutupnya. tapi oleh kerana nak rebus lame, mak aku pun tutup la ngn sungguh2. then, bile cam dah setengah jam, mak aku nak tgk la tulang n daging rebusan tu, tapi mak aku xle nak buka penutupnya. time tu aku tengah tido, maka, mak aku pun kejutkn la aku suh tolong buka kan. aku ngn mamai2 ni, try la nak buka.act, nak buka kene ada cara. sekali try2, tak mau buka. try lagi, pun susah gak..dah sudah... then abang ipar aku pun sampai dapur n tlg cuba buka kan. pun xle gak.
mak aku tak puas hati, die nak juga gune kederat die, nak juga buka penutup tu. die dah siap2 tutup api dapur n suh aku ngn abang ipar tolong pegang periuk tu. tetibe, bila dah nak terbuka, terus meletup! pop! kuat gile! terpelanting isi dalam ngn air2 rebusan itu. maka air rebusan yang panas tu terkena la kat mak aku. semua orang kaget. mak aku terkene paling teruk. kene kat perut, tgn n peha. dan2 aku bawa mak aku masuk toilet suh buka baju terus. lumur ngn garam n kicap. aku sebenarnya tak bese situasi macam ni. kaget2..
aku, kak long n abg ipar kene sket je. tak teruk sgt. act,abg ipar aku dah agak, pressure dalam periuk tu menyebabkan penutupnya tak le dibuka. die nak pesan suh tunggu sejuk dulu, tapi, tak terkeluar ke mulut sbb memandangkan mak aku begitu beria nak buka juga penutup tu. so, bila kita panksa juga buka, tu yang meletup itu. ish...nasib baik aku pakai tshirt tebal lengan panjang. kalau tak lengan aku pun mau melepuh.
ni mak aku tgh tido..perut mak aku melepuh..teruk gak la...sian perut mak aku yang puteh tu..yang kat peha n tgn tak melepuh, just merah la...pijar mak aku kata...kitorang dah sapukan minyak gamat, aloe vera..
nak dijadikan cerita lg. sebelum mak aku tido ni, mak aku suh p amekkan sup tulang yang dah siap dimasak untuk die. time tu, sup ni betul2 baru pas masak. so, sgt la panas kan... skali ntah macamane aku tersalah cara membuka tutup periuk tu . maka, wap sup panas tu terkena kat tapak tgn aku.(periuk lain yang biasa2 je. bukan periuk yg meletup tu) wah, gile panas..pedih gle..aku terus lumur ngn garam. pastu, aku amek kan juga sup untuk mak aku. aku tak bgtau mak aku pun. taknak die isau...so, aku diam2 letak aloe vera..mula2 td mmg pedih dan kebas satu tgn. ngn jari2 skali. tapi ni, dah kurang sket. hmm, dasat kan..even kene wap panas pun dah melecur. ni kan pulak air sup yang panas....sian mak aku...
hmm..ni je yang aku nak cerita..wassalam..